Artikel kali ini mengenai pokok saga di mana ramai orang lebih mengenali biji saga dari pokoknya. Pokok Saga atau nama saintifiknya Adenanthera pavonina merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana hingga besar dan boleh tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan taman dan di pinggir jalan.
Pokok Saga mempunyai daun yang halus dan bunganya bewarna kekuningan. Buahnya mempunyai kekacang yang panjangnya sehingga 20cm dan terdapat biji benih merah yang keras di dalamnya.
Buah yang masak dan telah kering akan merekah dan menampakkan biji saga yang masih melekat dengan kulitnya. Lama-lama kelamaan biji saga akan gugur sendiri jatuh ke tanah.
Kegunaan biji saga ni saya tidak tahu sangat tetapi menurut rujukan pada suatu masa dahulu pernah digunakan bagi mengukur berat emas. Biji saga yang merah menyala memang cantik jika dikumpulkan dan dibuat perhiasan.
Biji saga ini ini memang popular di dalam pantun lama. Di sekolah dahulu pun cikgu ada mengajarnya. Tapi masa tu memang tak kenal biji saga.. Proton Saga je yang kenal.
Yang kurik kundi, Yang merah saga;
Yang baik budi, Yang indah bahasa..
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :37267
Memang cantik bangat biji saga nie…kalau zaman sekolah dulu selalu juga kutip buat belajar kira-kira selain guna biji asam jawa, biji getah atau kulit kerang, maklumlah orang kampung…..he..he..
bijik saga ni kalo digoreng dengan pasir boleh di makan rasanya enak…saya masa budak2 mmg suka makan buah ni….
saya ada simpan sebiji saga ni dalam kereta….saja buat kenangan untuk mengingati zaman kanak2 dulu..ada nostalgia…
Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kundi,
Yang indah itu bahasa,
Yang molek itu budi…..
p/s : admin,kalau ada maklumat pasal buah kundi ye…
saya pun pernah jugak makan buah saga ni masa kecik2 dulu. Kalau tak silap saya, rasanya agak pedas sikit… Pernah guna biji saga ni, letak dalam uncang kecil, lepas tu jahit bagi anak main batu seremban..ok jugak..
Masa di sekolah rendah di Ipoh tepi sungai belakang sekolah saya ada sebatang pokok saga yang besar biji saga tu cikgu suruh kutip buat pembilang nak belajar Ilmu Hisab masa tu sekarang Matematik lah lepas tu ketuk kulitnya sampai pecah isinya yang kuning tu dimakan macam kacang mana ada pedas berlemak rasanye adelah macan isi biji ketapang rasa macam isi kelapa tua. sedap tau