Artikel kali ini adalah mengenai buah kasai atau nama saintifiknya Pometia pinnata yang tergolong dalam famili Sapindaceae. Serba sedikit mengenai pokok kasai pernah saya tulis pada tahun 2011. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsikan gambar dan informasi mengenai perkembangan buah kasai bermula dari peringkat bunga hingga menghasilkan buah. Gambar ini saya ambil berhampiran Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Bangi.
Bunga buah kasai yang sedang berkembang sangat cantik dan unik. Saiznya kecil tetapi terdapat beratus-ratus bunga dalam satu jambak yang panjang. Aroma bunga yang tersendiri menarik minat sang kumbang dan serangga-serangga lain datang. Secara tidak langsung menyebabkan proses pendebungaan berlaku. Bunga kasai adalah jenis hermafrodit (biseks). Menurut rujukan, terdapat juga pokok yang hanya menghasilkan bunga jantan sahaja.
Setelah proses pendebungaan berjaya, ia akan menghasilkan putik buah berwarna jingga.
Pertukaran dari warna jingga ke warna hijau mengambil masa kira-kira 2minggu.
Dalam tempoh lebih kurang 2minggu warna hijau cerah akan bertukar kepada warna hijau gelap.
Tempoh buah bewarna hijau mengambil masa lebih dari 1 bulan sebelum ia bertukar kepada warna coklat kehitaman apabila matang sepenuhnya.
Bermula dari bunga berkembang sehingga buah matang (masak) mengambil masa kira-kira 2 1/2 – 3 bulan.
Kulit buah kasai sedikit keras. Isi buah kasai berwarna putih jernih dan boleh dimakan, namun isinya tidaklah tebal seperti buah longan atau rambutan. Rasanya sedikit manis namun masih lagi boleh dinikmati.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :23778
Hello, sangat hebat blog ini. Penerangan yang ringkas dengan gambar-gambar yang jelas. Guna camera apa ya?