Berniaga Air Kelapa Muda

kelapa-muda2

Artikel kali ini saya ingin kongsikan kisah si penjual kelapa muda. Untungkah berniaga air kelapa muda ini? Sebenarnya saya seorang peminat tegar air kelapa muda. Bukanlah setiap hari saya minum air kelapa muda. Namun setiap hujung minggu saya mesti membeli air kelapa muda. Selalunya saya mendapatkan air kelapa muda di 2 tempat sahaja iaitu di Dengkil dan Ampang.

kelapa-muda3

Harga air kelapa muda di Ampang berharga RM3.50 sebiji ( dibungkus – harga termasuk letak ais, gula dan ikat tepi ) manakala  harga air kelapa muda di Dengkil pula berharga RM3.80 sebiji. Saya sempat bertanya dimana anda mengambil bekalan kelapa muda ?

Kelapa akan dihantar oleh pemborong yang mengambil bekalan kelapa dari kawasan Sabak Bernam. Dalam kes penjual kelapa di Ampang, kebiasaannya mereka ambil lebih kurang sebanyak 1,000 biji kelapa setiap kali tempahan. Kelapa tersebut akan habis dijual lebih kurang 2-3 minggu. Penjual kelapa di Dengkil pula, kadangkala mampu menjual sehingga mencecah purata 200-300 sehari kerana lokasinya yang strategik ditepi jalan utama Dengkil-Banting.

kelapa-muda

Pada suatu hari , saya terserempak dengan pemborong kelapa muda yang sedang menghantar kelapa kepada pelanggannya. Saya terus berjumpa dengan si pemborong bagi mendapatkan beberapa imformasi terutamanya mengenai harga borong kelapa muda. Memang benar, sumber kelapa adalah dari kawasan Sabak Bernam dan Bagan Datoh. Harga borong kelapa muda ketika artikel ini ditulis ialah RM2.30/biji. Jadi, bolehlah anda tolong kirakan, samada untung atau tidak berniaga air kelapa muda ni..

pemborong-kelapa-muda

Air kelapa muda sememangnya mendapat tempat di pasaran dan permintaannya juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan ramai yang ingin menceburi dalam bidang penanaman kelapa terutamanya kelapa matag.

Number of View :1408

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam