May 18, 2024

Mangga Chokanan, salah satu varieti buah yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat mangga. Mangga Chokanan yang berasal dari Thailand ini sememangnya banyak dijual di serata negara khususnya di Semenanjung Malaysia. Jika kena pada musimnya, pembeli boleh mendapatkan buah ini denga harga yang sangat murah. Pada bulan lepas, saya membeli dengan harga RM4/kg.

Disebabkan kualiti rasa buah Mangga Chokanan yang sangat baik, saya turut menanam buah ini. Sebenarnya, tidak sukar menanam pokok Mangga Chokanan ini, yang penting pokok diberikan baja dan air mencukupi, ia mampu berbunga sepanjang tahun. Hasil buahnya seperti pada gambar di atas. Memang berbaloi tanam dan makan sendiri. Tabiatnya yang cepat dan mudah berbuah ini, menyebabkan ramai yang suka menanamnya. Pada umur 1-2 tahun sahaja, anda boleh merasai buahnya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19193

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam