Artikel kali ini tentang bonsai.. Soalan saya yang pertama. Ramai kah masyarakat di Malaysia meminati Bonsai? Terlebih dahulu tahukah anda apa yang dimaksudkan Bonsai. Bonsai adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud pokok di dalam bekas.
Ada juga yang menyatakan perkataan Bonsai bermaksud “Kerdil”. Pendapat menyatakan asal usul Bonsai ini adalah dari negara China dan ia dikatakan bermula lebih 2,000 tahun yang lalu.
Pokok bonsai wujud dalam pelbagai bentuk atau gaya. Pokok bonsai secara asasnya adalah berbatang tegak. Namun, bentuk yang semakin menarik perhatian adalah berbatang condong, pokok dahannya berjuntaian, dan pelbagai jenis bentuk lagi.
Antara pokok yang sering ‘dibonsaikan’ dan diminati ialah Japanese Cedar, Japanese Larch, Japanese Maple, Chinese Juniper, Trident Maple dan Scot Pine. Pokok tempatan yang sesuai dijadikan bonsai ialah pokok Melati, Kesinai dan pokok Kemuning.
Pokok yang hendak dijadikan bonsai biasanya ditanam di dalam pasu yang kecil agar pertumbuhannya bantut. Penjagaannya juga mudah, hanya memerlukan banyak air disiram dua kali sehari kerana pokok diletakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari.
Perkara yang sukar dan memerlukan sedikit kemahiran ialah membentuk dan menjadikannya sepohon bonsai yang menarik. Kepada anda yang tiada bakat untuk membentuknya bolehlah dapatkan bonsai yang sudah siap sedia. Harganya pun boleh tahan..
Kebiasaanya, harga sesuatu bonsai bergantung kepada keunikkan dan usianya.Menurut kata pakar pula, pokok bonsai yang cantik dan menarik perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu umur pokok yang tua, daun yang kecil dan pokok yang tahan lasak.
Dahulu, saya pernah cuba-cuba buat bonsai. Nak kata menarik tidaklah juga. Adalah bakat sedikit sebab memang minat dengan tanaman ini. Setelah dibentuk dan dijaga lebih kurang 5 tahun. Tak sangka pokok bonsai saya telah dicuri orang. Selepas itu, saya pindah rumah dan terus berhenti buat bonsai. Sekarang ini tengah cuba-cuba nak mulakan semula.
Kalau anda juga peminat bonsai, bolehlah kongsikan cerita anda atau gambar bonsai anda di sini. Tentu ramai yang berpengalaman di luar sana.
Gambar yang anda lihat diatas merupakan gambar yang telah saya rakamkan semasa mengunjungi gerai jualan Pameran Landskap di Bangi awal tahun 2010.
Number of View :87192
sexy suka sgt ngan pokok bonsai nih! pokok cucur atap pun sesuai dbuat bonsai. mcm2 pokok ada kt rmh yg ssuai dbuat bonsai tp sexy x brp reti mbuatny.
Try la buat.. lama-lama boleh pandai..
boleh start buat bonsai ni dengan pokok assam, daun teh n pokok2 laen yg senang..skrg pon sy mula berjinak2 buat bonsai ni dengan pokok chinese varubrum.. seronok n puas hati..huhu
cantik…kat mane nak cr pokok bonsai yang belum di buat ape2 n ade pelbagai pilihan?
sakura or seven colours pun bonsai yg cntik gak.dah 8thn sy menjaganyer..harga d pasaran boleh tahan gak.
ada sape2 dari klang or shah alam tk!
sy ade bbrp jenis, kalau ade yg minat hubungi sy
saya berminat dengan pokok tersebut.ingin nak membeli.bagaimana saya nak hubungi saudara.
ni my phon num : 0129533242
segera k.
salam…….baja apakah yang trbaik utk bonsai????
Saya ni minat sangat ngan Bonsai ni. Bon Sai ni asal nya dari perkataan china Bon bermaksud pokok manakala Sai pulak bermaksud pasu. jadi Bonsai tu bermaksud pokok Pasu. Saya ni dah buat bonsai sejak 16 th dah tapi tak pandai-pandai gak. Kat rumah saya ada banyak bonsai lebih kuran 40 pk bonsai pelbagai jenis antaranya pokok melati, ara Koria, Juniper dan lain-lain tak tau namanya ha ha ha..Bila dah buat bonsai sampai lupa makan, buatnya tak jadi gak. Isi masa lapang je…
Cik Firdaus, untuk baja bonsai ni saya suka guna baja Organik raiso nya 5.5.5 atau 8.8.8 (N.P.K)
takut kene curik!
Cantik…… memang senang kena curi….sebab pasu kecil…. tapi tempatkan pokok tu di tempat yang selamat.
Mari tengok bonsai saya dalam fb saya….ad la kalau nak tengok. kalau boleh komen la sikit.
dulu sy suka menjebak burung dlm hutan tp skrg tak lg krn banyak luangkan masa bersama bonsai sy.mcm2 spesis ada.dah 7thn sy dlm bidang n best jg aktiviti tak sihat dpt d jauhi
saya nak tanya pasal baja yang sesuai untuk melebatkan daun tanaman bonsai.saya juga ada kenalan yang komersialkan tanaman bonsai nie.nak tahu bleh tgk kat fb saya(muhammad atiqurhakiim).
memang menarik..kalau boleh sila sertakan gambar dan nama pokok yang sesuai dibuat bonsai serta cara membentuk bonsai
sy suka tgk bonsai yg cute tu. teringin jugak nak ada koleksi…tapi 1 pasu pun lum ada lagi. ada rezeki nak kena ada jugak ni….Siapalah punya tangan gatal gi curi awak punya bonsai kan…? Tak patut betul…
salam, suka tengok bonsai….gambar yang tas tu kat mana jual bonsai…murah2….nampak ok gak! kat tempat saya mahal2….rm150 ke atas…tp kalu tgk gambar rm48 shj….
sy nk membeli bonsai..so,blh informkn..sb lokasi sy kt sabah skg ne..sy harap dp d maklumkn dgn segera..ne no hp sy 0148576238
saya dah lama minat bonsai, selalunya saya beli yg kecil antara rm 50 kebawah bela lama-lama jadi besar seperti ginseng picus, paling suka bonsai kemboja cina dah ada l1bih 10 pasu pelbagai bentuk seperti jari akar-akar bentuk ayam engkong dan macam orang berpelukan pun ada tapi kadang ada yang hilang kalau tinggalkan rumah takkan nak rantai pulak pasu tu he he he.sya dari klang kalau baha baca bolehlah kenalan dgn saya.
salam, kalau ak nak dapatkan lokasi pembekal-pembekal pokok bonsai ni boleh.
ni email ak : imadkamel13@gmail.com
Nice…d mna nie….sya nak beli lhhhh……gram nyaaa…
Pokok bunga kertas blh buat bongzai.
macam mana nak dapatkan bongsai ni ? berminat…saya di kedah ..baru nk mula hobi ..013 281 7010 number fon saya ..tq
”main bonzai’ ne perlukan kesabaran serta kemahiran selain minat yang semula jadi…..dengan harganya yang boleh tahan…kena pelahan-lahan supaya kita boleh bertahan bagi mendapatkan bonsai yang kita idamkan…….
saya memang kaki Bonsai, so saya ade lebih kurang 60 pokok bonsai. ada yg sgt unik. Pernah juga 8 pasu di curi dan bila buat lapuran polis pegawai polis ketawa dan mulanya tak nak terima report tapi setelah isteri saya memberitahu anggaran harga bonsai yang dicuri barulah report diterima. Hak3. Saya bercadang untuk syer gambo bonsai saya untuk blog tuan. kalao tuan berminat bg saya email address tok saya email sebahagian bonsai saya. Ada jugak Bonsai Seksi yang sangat unik. Rosli.
kat mana bolih dapat wiretembaga untuk bonsai
Assalamualaikum tuan blog. Bleh saya tau alamat kedai tuan atau contex num. Sy dari perlis. Tngok gmbr2 tuan ni mcm menarik je. Dok tngok2 kt sini pn dh nmpak yg bekenan dh ni.