Pokok Medinilla

medinilla1

Pokok Medinilla atau nama saintifiknya Medinilla magnifica merupakan sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggina 1-2 meter. Daunnya berurat kasar, berbentuk bujur dan tidak bertangkai.  Jambak bunga terbit dari ketiak daun dan biasanya berjuntai ke bawah. Bunganya memang lebat dan bewarna ungu mempunyai keunikan yang tersendiri. Memang sesuai dijadikan tanaman hiasan di luar bangunan atau di taman-taman.

medinilla21

Pokok ini memang biasa ditemui di tanah tinggi yang berhawa sederhana sejuk. Setakat ini 2 tempat yang pernah aku temui pokok ini ialah di Cameron Highlands dan Bukit Tinggi. Saya tidak pasti samada pokok ini boleh juga ditanam di tanah rendah. Mungkin ada yang pernah menanam pokok ini diharap boleh kongsikan di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :9585