Pokok Pelaga

pelaga

Sekali pandang macam pokok lengkuas. Tapi sebenarnya pokok ini digelar sebagai pokok pelaga atau nama saintifiknya Elattaria cardamom. Dipercayai air rebusan daripada rizom/ubi  pokok ini dapat mengecutkan rahim ibu selepas bersalin dan membuang angin dalam badan.

Tidak banyak Maklumat sebenarnya saya dapat mengenai pokok ini. Kalau buah pelaga atau biji pelaga biasalah saya melihatnya. Kalau mengikut rujukan, memang buah pelaga dipanggil dengan nama “Cardamom”  dan ia adalah satu famili dengan lengkuas dan  halia. Adakah buah pelaga daripada pokok di atas ini. Saya sendiri kurang pasti sebab saya pun tak pernah lihat pokok jenis ini berbuah.

Jika anda menanamnya dirumah, di harap bolehlah dikongsi bersama..

—————————————————————————————

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :13048