March 29, 2024

Brokoli
Brokoli
Setelah beberapa penyelidikan dijalankan, hidangan brokoli menujukkan ia boleh mengurang risiko kanser kolon sebanyak 50 peratus. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Liverpool, brokoli serta sayuran mengandungi serat yang kaya dengan galaktosa gula dimana ia mampu mencegah protein yang dipanggil Lectin yang dapat membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser kolon.

Selain itu, brokoli dan sayuran hijau seperti salad kaya dengan bahan indole yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Dua daripada tiga hasil kajian mendapati hubungan antara kanser payudara dan sayur-sayuran hijau dimana penggunaan yang tinggi boleh mengurangkan risiko payudara sebanyak 40 peratus.
Taugeh
Taugeh
Pucuk taugeh mengandungi bahagian kimia yang dipanggil sinigrin dimana ia dipercayai dapat menyekat perkembangan sel-sel pra kanser. Di samping itu, ia berfungsi membuatkan sel-sel pra-kanser dihapuskan. Ia juga merupakan satu proses semula jadi yang dipanggil apoptosis dan ia memberikan kesan yang kuat dimana beberapa medik menyatakan bahawa makan taugeh boleh membunuh sel-sel pra-kanser dalam kolon. Oleh itu, pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan pelbagai sayur-sayuran berdaun hijau seperti taugeh.
Tembikai Merah
Tembikai
Buah-buahan seperti tomato, tembikai, jambu dan limau gedang adalah kaya dengan lycopene. Ia merupakan nutrien larut lemak yang memberi kesan kuat terhadap imun dengan menghasilkan aktiviti antioksidan dalam badan. Tambahan lagi, banyak bukti menunjukkan bahawa lycopene menjadi bahan yang berguna untuk mengelakkan daripada pelbagai keadaan mengancam nyawa seperti kanser prostat.
Anggur Hijau
Anggur
Agen anti-kulat yang boleh diperolehi dalam anggur boleh melindungi daripada kanser. Ia dinayatakan oleh penyelidik dari De Monfort University di Leicester. Selain itu,ia mempunyai Resvetrol adalah molekul yang membantu mengelakkan anggur dan tanaman lain dijangkiti kulat. Penyelidik tersebut percaya bahawa makan makanan yang mengandungi resveratrol seperti anggur merah, mulberries dan beansprouts boleh membantu manusia mengurang risiko menghidapi kanser.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :12143

4 thoughts on “Khasiat Buah dan Sayur Mencegah Kanser

  1. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 1. Istighfar 10x. 2. Salawat Nabi 10x. 3. Al-Fatihah 1x. Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

  2. Sdri Jesse, saya nak tanya lebih lanjut apakah nama lapan surah yang sdri maksudkan itu? Semoga maklumat yang sdri berikan akan memberi manfaat kepada semua pembaca termasuk diri saya juga. Terima kasih.

  3. buah dan sayuran mengandungi banyak zat dan khasiatnya yg tersendiri.ia baik untuk kesihatan kita. badan kita perlukan vitamin dan mineral.shaklee ada supplement membantu badan anda kekal bertenaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam