Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik.
Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).
Bagi mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

saya nizam.student kptm..saya mengambil dip accounting dan mengambil subject enterpeunership..saya mengambil tanaman bunga melor sebagai bissnes saya.saya nk buat kajian tentang penanamn bunga melor..
dimanekah patut saya cari?
saya ravi, pengalaman bekerja disektor swasta purchasing Exe selama 23 tahun.Baru-baru ini saya berminat untuk menanam bunga melur secara luas.Dimanakah saya mengikuti kursus terperinci sebelum menceburi dalam bidang ini.Minta tunjuk ajar Tuan/Puan.
Kesian Terima kasih
Ravi.
Shah Alam,Selangor
sy wana…sy berminat untuk memulakan perniaggan bunga melur nie…blh tk sy nk thu kursus yg terperinci sebelum sy mulakan perniaggan nie…..harap tuan blh memberi tunjuk ajar kepada sy…..
bagus ckp cikgu ridhuan..heheheh..
hari ini saya belajar capa rengat bersama cikgu ridhuan yg bergaya..hahahaha…capa rengat ialah bunga melur..baru saya tahu..heheheh
ad part tpi x pe cikgu kata sbb nk belajar…hahahaha…jgn mara tuan pye blog saya kecik agi.. 😛
wow…akak saye bolehla gunakan cara ini/l…
hai..saya berminat untuk memulakan bisnes bunga melur secara luas di sabah..ingin dapatkan bantuan tentang cara penanaman,cara penjagaan dan cara pemasaran..terima kasih
Hello, saya berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai penanaman bunga melur sebab saya ada minat untuk membuat bisnes bunga melur..saya ingin minta pandangan dan perkongsian idea daripada saudara..:-)
saya berminat untuk menanam bunga melur secara luas.Dimanakah saya mengikuti kursus terperinci sebelum menceburi dalam bidang ini.Minta tunjuk ajar Tuan/Puan.
Kesian Terima kasih
Mr.Rawi
Saya nak cari pokok bunga melur yang wangi. Kat mana nak beli ?
Cantik bunganya…