Koleksi Tanaman Hiasan di Floria 2010

Antara koleksi gambar tanaman hiasan yang sempat saya rakamkan di Floria 2010.  Kalau diikutkan memang banyak sekali spesis tanaman heliconia terdapat di sana. Banyak juga yang baru saya pertama kali jumpa. Maaflah, saya tidak sempat nak tunjukkan ke semuanya. Ini sahajalah yang dapat saya hidangkan untuk tatapan anda..
tanaman-hiasan

tanaman-hiasan2

tanaman-hiasan3

tanaman-hiasan4

tanaman-hiasan5

tanaman-hiasan6

tanaman-hiasan7

tanaman-hiasan8

tanaman-hiasan9

tanaman-hiasan10

Number of View :9971

Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2010)

festival-bunga1

Petikan daripada Harian Metro:

Bertemakan Keindahan Tropika, Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2010) kali ketiga yang dijangka berlangsung dari 10 hingga 18 Julai ini akan mengetengahkan Heliconia sebagai bunga tema dalam usaha memperkenalkan keunikan tanaman tropika berkenaan.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman berkata, ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan sesuai digunakan dalam reka bentuk dan landskap sebagai bunga gubahan.

“Bunga Heliconia dipilih sebagai tema Floria 2010 kerana ia adalah tumbuhan tropika yang istimewa dan mempunyai batang, daun dan bunga hiasan yang cantik serta menarik.

Koleksi dan pelbagai keluarga Heliconia akan diperkenalkan kepada pengunjung sepanjang festival ini berlangsung dan kami percaya ia pasti akan memberi kepuasan kepada setiap pengunjung yang datang,” katanya.

Prapelancaran Floria 2010 disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Taman Ekuestrian, Presint 6, di sini, baru-baru ini. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Yaakop Fakir Mohd. Samsudin berkata, spesis lain yang turut dipamerkan adalah halia (alpinia); canna, setawar (costus), pisang (musacea) dan ‘bird of paradise’ (streliziacea).

Beliau berkata, festival sembilan hari yang akan mempamerkan lebih 400,000 bunga dan tumbuhan pelbagai warna dan dijangka menarik kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung.

“Objektif utama penganjuran Floria untuk mempromosi Putrajaya sebagai ‘bandar raya dalam taman’ dan ‘bandar raya berbunga’. “Selain itu, ia membuktikan komitmen PPj membangunkan Putrajaya sebagai bandar raya bertenaga dengan memenuhi keperluan sosio ekonomi, rekreasi dan rohaniah komuniti,” katanya.

Bagi yang berkesempatan berkunjung ke Putrajaya, bolehlah datang ke Pameran Floria ini. Memang rugi kalau terlepas acara yang boleh tahan meriahnya. Kalau mengikut pemerhatian saya dari tahun-tahun yang lalu, acara seperti ini menarik perhatian bukan sahaja peminat dari dalam Malaysia malah pengunjung dari luar negara pun turut serta.

Number of View :5487