Pokok Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis tergolong dalam famili Asparagaceae. Daunnya bersaiz kecil dan batangnya berumpun. Pucuk rebungnya boleh di tuai untuk dijadikan sayuran yang enak. Asparagus antara sayuran yang bernilai tinggi di pasaran kerana mempunyai khasiat kesihatan yang baik. Kebiasaannya, asparagus di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang namun ia masih boleh juga ditanam di kawasan tanah rendah.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Pokok Asparagus perlukan cahaya yang banyak. Jika anda ingin menanam sayuran ini pastikan kawasan rumah anda tidak redup dan mendapat cahaya yang mencukupi. Pokok Asparagus perlukan banyak air tetapi pastikan kawasan tersebut gembur dan tidak bertakung air. Penuaian pucuk rebung asparagus boleh dibuat setelah pokok mencapai usia lebih kurang 3 bulan.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :8360
saya ada tanam asparagus dlm polybag tp kena penyakit karat. Apa ubat fungicide yg sesuai?