Kesempatan bercuti ke Padang, Indonesia beberapa minggu yang lalu, penulis berkesempatan melawat ke tempat pembuatan pisang salai atau juga disebut ‘pisang sale’ di sana. Pisang yang digunakan untuk membuat pisang salai ialah dari pisang embun dan beberapa lagi jenis pisang yang lain. Kebiasaannya, pisang yang digunakan adalah pisang yang telah masak.
Pisang yang telah dikupas kulit, di hiris nipis dan dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan. Pisang yang telah dipotong akan bertukar bewarna coklat apabila terdedah pada udara. Pisang tersebut kemudian akan di susun di atas rak khas dan di salai menggunakan udara panas. Dahulunya pisang dijemur menggunakan cahaya terik matahari.
Setelah disalai, pisang tersebut seterusnya digoreng menggunakan tepung beras untuk menjadikannya lebih rangup. Hasilnya, terciptalah pisang salai yang enak dan manis. Harganya pun boleh tahan. Lebih kurang RM20/kg.
Selain pisang salai, pisang bakar juga popular di Indonesia. Cara membuatnya pun mudah sahaja. Pisang yang digunakan ialah pisang Abu ( di sana disebit pisanag kapok). Pisang tersebut dibakar menggunakan arang sehingga cukup garing dan mengeluarkan aroma. Kemudian, pisang tersebut dilenyek (ditekan) dan terciptalah pisang bakar . Pisang bakar ini boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama air gula merah.
Jika anda pernah makan atau cuba membuatnya, bolehlah kongsikan kisah anda di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :27169
salam tuan.
dimana boleh saya dapat pisang salai indonesia?
cal. 010 5363697