Benarlah kata pepatah orang tua-tua … ‘berbudi pada tanah,pasti akan mendapat hasilnya’. Artikel kali ini saya cuma ingin berkongsikan mengenai tanaman pisang tanduk yang pertama kali ditanam di tepi rumah telah mendatangkan hasil. Walaupun biasa membeli pisang tanduk di pasar tani, namun buah yang ditanam dengan tangan sendiri sudah tentu lebih bermakna.
Benih pisang tanduk adalah berasal dari benih tisu kultur yang di beli di pasar pagi Serdang, Selangor. Saya sendiri tidak ingat tarikhnya. Hampir setahun rasanya juga menunggu pisang ini berbuah disebabkan masa permulaan pokok ini di tanam, pertumbuhannya kurang baik. Baja yang diberikan juga tidaklah seberapa.
Apabila kelihatan warna buah ada sedikit kekuningan, pokok ditebang dan dituai bagi mendapatkan hasilnya. Jika tidak silap, berat cuma hanya 5-6kg sahaja. Kebiasaannya, berat pisang tanduk boleh melebihi dari 8-10kg. Menunggu pisang tanduk untuk masak sangat membimbangkan. Entah jadi entahkan tidak. Setelah dituai, daripada buah berwarna hijau bertukar kuning (masak) mengambil masa lebih dari 2 minggu. Pisang masak secara semulajadi tanpa sulfur atau bahan untuk memaksa supaya cepat masak.
Pisang tanduk yang telah masak tidak terbiar lama, maka tersedialah pisang goreng yang sangat menyelerakan hasil tangan orang rumah. 🙂
Gambar di atas merupakan benih pisang tanduk yang didapati dari sulur pokok induk . Sulur pisang tanduk memang sangat banyak. Lebih kurang 40 pokok anak pisang tanduk yang berjaya dibiakkan dari sulur. Sebahagiannya sudah ditanam semula dan disedekahkan kepada jiran dan keluarga.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :21784