Kelempayan, Kelembahang, Sirih Belanda – Scindapus aureus

Penerangan

Tumbuhan ini biasanya tumbuh berlingkar di atas batang pohon lain. Daunnya berbentuk hati bewarna hijau dan berjalur atau bertompok kuning. Daun matang boleh mencapai kepanjangan sehingga 60 cm dan akan terbelah belah.

Kegunaan tempatan

Tumbuhan hiasan

 

 

Keracunan

Bahagian Beracun: Keseluruhan pokok

Bahan Aktif: Kalsium oksalat

Kesan Keracunan

Kalsium oksalat adalah sejenis perengsa mempunyai rasa yang pijar dan memberi kesan terbakar pada lidah, mulut dan tekak. Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis

Rawatan kecemasan

Bersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Bersihkan dengan air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika tertelan. Menghisap ketulan ais dapat mengurangkan kesakitan pada mulut. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :3181