Statistik Pembaca Blog Tahun 2019

Cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar, Tahun tahun 2019 sudah hampir ke penghujungnya. Maaflah jika Blog ini kurang memuaskan serta jarang sekali memberikan update terkini kepada anda. Doakan saya terus rajin menulis artikel-artikel baru. Kesempatan ini, biarlah saya update sedikit Statistik Blog ini sepanjang 8 bulan yang lalu (tahun 2019).

Statistik pelawat menunjukkan jumlah pelawat tertinggi sebulan adalah pada bulan Julai 2019 iaitu sebanyak 35,358 orang pelawat. Manakala bilangan pelawat terendah adalah seramai 24,658 pada bulan Februari 2019. Purata pembaca setiap hari pada bulan Ogos 2019 yang lalu adalah lebih kurang 979 yang mana setiap orang pelawat yang berkunjung ke Blog ini akan membaca (page view) sekurang-kurangnya 7 artikel.

Number of View :144

Statistik Pembaca Blog Julai 2018

Sudah lama rasanya tidak mengemaskini statistik pelawat bagi Blog ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2016. Pada tahun 2016 menunjukkan berlakunya kemerosotan pelawat yang berkunjung ke Blog ini mungkin disebabkan Blog ini jarang-jarang dikemaskini dan beberapa masalah teknikal yang lain berkaitan WordPress dan sebagainya. Pada tahun 2017, beberapa penambahbaikan telah dilakukan dan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa sehingga hari ini. Bilangan artikel juga telah saya cuba tingkatkan.

Hari ini saya ingin memaparkan Statistik Pembaca Blog yang terkini iaitu pada bulan Julai 2018 yang lalu. Jika pada tahun 2016, bilangan pelawat telah menurun dari 22,000 (Jan) ke 14,000 (Dis) orang pelawat sebulan. Kini, pada tahun 2018, pelawat telah mula meningkat dari 13,000 (Jan) ke 34,000 orang pelawat pada bulan Julai 2018. Purata pembaca setiap hari adalah sebanyak 1,100 orang yang mana setiap orang pelawat yang berkunjung ke Blog ini akan membaca(view) sekurang-kurang 4-5 artikel.

10 Artikel yang paling banyak di baca(view) pada bulan Julai 2018
1. Durian Udang Merah (896 view)
2. Pucuk Salang (852 view)
3. Benih Durian Monthong (825 view)
4. Sayur Kakrol dan Parval dari Bangladesh (724 view)
5. Buah Binjai (635 view)
6. Labu kayu (628 view)
7. Kayu Nibong (639 view)
8. Khasiat Akar seruntun (485 view)
9. Buah Sentul (305 view)
10. Ubi Tum (284 view)Number of View :2031