Kisah pokok kapal terbang

pokok-kapal-terbang

Ramai yang tinggal di kampung sudah tentu biasa dengan pokok kapal terbang ini. Memang banyak dijumpai di dalam kawasan semak, di kawasan ladang atau pada tanah terbiar. Pokok ini memang terkenal dalam merawat luka.  Banyak kajian telah dilakukan terhadap pokok ini dan sudah ada juga produk yang tercipta dari kelebihan pokok ini.

Apa yang saya ingin ceritakan pada artikel ini adalah mengenai asal usul dinamakan pokok kapal terbang atau ada yang memanggilnya pokok Jepun. Menurut ceritanya, ia berlaku pada zaman pemerintahan jepun di Malaya (zaman perang). Orang jepun menjadikan ianya ubat luka untuk bagi merawat askar-askarnya yang cedera. Dipercayai waktu dan ketika itu tumbuhan ini masih belum ada di Malaya. Jadi, pihak Jepun telah bawa ke Malaya dan menjatuhkannya dari kapal terbang. Maka, dipendekkan cerita orang kita pun menggelarkannya daun pokok `kapal terbang’. Sejauh mana cerita atau mitos ini, saya sendiri tidak pasti. Anda sendiri fikir-fikirkan.

Number of View :8156