Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.
Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.
Number of View :9193
serai bunga memang mempunyai value yang tinggi. justeru itu saya memang sgt berminat utk mengetahu lebih lanjut bagaimana utk menanam, bekalan anak pokok dan cara mengusahakannya
Saya amat berminat untuk memulakan bagi penanaman serai ini. tetapi yg mana 1, samada serai makan atau serai wangi yg mendapat permintaan yg tinggi pada masa kini?? Di mana dan siapa saya boleh berhubung yntuk mendapat maklumat tentang perusahaan serai ini.. Harap dapat membantu saya.. terima kasih..
kebanyakkan sekarang saya lihat byk yg tanam serai makan.. terutamanya serai peha ayam.. tujuannya ade banyak.. untuk pasaran tempatan dan untuk eksport.. ade yg dijadikan ekstrak minyak pati dahulu.. kemudian di eksport.. kat luar negara byk yg gunakan minyak serai ni untuk mandian SPA. sebagai aromaterapi..
izwan boleh search di internet.. sebenarnya byk yang telah usahakan tanaman serai ni..
serai wangi memang mempunyai value yang tinggi. justeru itu saya memang sgt berminat utk mengetahu lebih lanjut bagaimana utk menanam, bekalan anak pokok dan cara mengusahakannya..coll sy 012-9625834
Salam sesiapa yang berminat untuk membeli benih serai gajah dengan harga rm1.30 sekg kotor (serumpun dipangkas atas dan bawah) bg bln 6 nie nanti InsaAllah boleh hubungi 012-7358945
serai wangi boleh dijadikan bahan mandi serom untuk wanita bersalin.Bau yang harum menjadikan badan segar dan memulihkan uratsaraf.
loleh tak serai wangi dibuat biopesticide.