March 28, 2024

mahkota-dewa3

Lama pula rasanya jari-jemari yang lemah gemalai ini tidak menaip di Blog. Walaupun dunia ini dipenuhi dengan lautan ilmu dan khazanah alam, tetapi kadang-kadang terasa macam dah habis modal nak menulis. Bukan apa.. oleh kerana dek kesibukan kerja dan buat-buat sibuk di pejabat menyebabkan penyakit malas menulis datang tanpa penawarnya.  Saya sememangnya ingin tabik hormat kepada penulis-penulis di Malaysia, kerana memang bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik.

mahkota-dewa2

Artikel kali ingin saya ingin bawa anda mengenali dan merungkai rahsia pokok yang telah lama disebut-sebut dan digosipkan di media-media massa. Pokok yang dikenali Mahkota Dewa atau nama saintifiknya Phalenia macrocarpa memang tidak asing lagi di Indonesia. Di Indonesia, pokok mahkota dewa digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah buah pinggang, darah tinggi, angin ahmar, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain.

mahkota-dewa

Kini, di Malaysia penggunaan produk berasaskan herba Mahkota Dewa semakin meluas kerana dipercayai dapat mengubati penyakit kencing berdarah, batu karang, resdung, gout dan sebagainya. Sejauh mana keberkesannya saya sendiri pun belum pasti. Kata kawan saya, belum cuba belum tahu..

mahkota-dewa0

Jika anda pernah menggunakan herba ini dalam merawat penyakit atau telah menanamnya di rumah bolehlah kongsikan info anda di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :26575

14 thoughts on “Pokok Mahkota Dewa

  1. Berhampiran tempat tinggal saya ada teman yang mengusahakan tanaman mahkota dewa ini. Namun setakat ini saya sendiri belum pernah menggunakannya.

    Dengar ceritanya, memang begitulah khasiatnya, insyaallah!

  2. salam…en fazli memang ada tanam sendiri ke pokok2 nie? kalau ada saya ingin mengambil sedikit sampel untuk projek tahun akhir saya kalau tak keberatan…saya ingin mengkaji tentang keupayaan ekstrak tumbuhan dalam antikanser..

  3. Mahkota Dewa, blog anda amat menarik dan banyak yang dapat di pelajari dari nya.

    Saya nak cari nama tempatan utk pokok “Madras Thorn” yang banyak terdapat di Utara Tanah Air…buah nya macam peas dan manis bila masak.

    Terima kasih

  4. salam.. saya ingin bertanya.. buah mahkota dewa boleh dimakan atau tidak? dan apakah khasiatnya..

  5. Ada banyak artikel tentang mahkota dewa ini. saya difahamkan bahagian biji buah ini sangat beracun. buah (isi buah) biasanya dikeringkan untuk dijadikan teh. Begitu juga dengan daunya kena keringkan dulu sebelum dijadikan teh kerana getah pada daun pun tidak baik untuk digunakan terus. wallahua’lam itu kata pengusaha teh herba. Saya ada dua pokok dah berumur 9 bulan belum berbuah pokoknya cantik untuk hiasan taman boleh tanam dalam pasu besar dan cantas untuk mendapatkan ranting yang cantik.

    masa ini saya masih beli teh yang diusahakan usahawan kecil. Bila minum tu badan rasa segar sebab mereka telah campur dengan stevia jadi x perlu risaukan kalori. Jaga badan juga le tu.

  6. kat pasar tani harga benih pkk ni blh tahan mahalny. sexy fikir ianya bpatutn coz biasany ada 1-2 pkk shj yg dbawa oleh pjual n agak sukar dperolehi.

  7. aloha….saya baru je beli pokok ni dengan harga RM6. Xdla mahal sgt, rase amat berpatutan.boleh bgtawu saya, cara nk proses kulit n buah ini?untuk dijadikan teh.

  8. salam..bole tanye x kat mane nk dptkan buah mahkota dewa nie??saya amat perlukan buah nie tok rawat kanser yg dihadapi mak saya..kalo sesiapa yang tahu bole email saya..susiedarman@yahoo.com..segala pertolongan saya amat saya hargai…

  9. Sesiapa minat nak dapatkan pokok atau buah segara atau buah yang dikeringkan ( kat kuantan atau luar kuantan (pos) ) hubungi saya – 013-9194796 (badrul)

  10. kat rumah saya, suami saya tanam atas tanah n pasu. kalu atas tanah tumbesaran dia cepat, 9 bulan dah berbunga n berbuah lebat. tapi dalam pasu pokok ni terbantut sikit, sebab keluasan pasu 2. buah yg terhasil 2 suami saya buat benih n tanam. ia telah menghasilkan anak pokok n dah boleh dijual.

  11. Dalam stok ada 100++ anak pokok Mahkota Dewa. Sesiapa yg berminat nak beli pokok atau buah segera atau buah yang telah dikeringkan hubungi – 019-2161943 (maznah)

  12. – salam semua…sy bekerja d tasik kenyir.sekarang sudah hampir 2thn..sy giude tuk pelancong d sini..di sini ade 1 pulau yg d bangunkan oleh state gov tuk di jadikan pulau herba..di sini ade hampir 200 species herba yg di tamam..yg paling menarik.ade 1 pondok di sediakan tuk pelancong mencuba 100% original tongkat ali,kacip fatimah n mahkota dewa. air nie di rebus hari hari tuk pelancong mencuba.blh minum sepuas nya..org org kampong pn ade meletakan anak benih pokok herba tuk pelancong beli disana..rm 10 ke rm 15 je tuk sepokok(tongkat ali hitan n tongkat ali putih,kacip fatimah n mahkota dewa)…itu lh sedikit sebanyak yg sy blh kongsi..sy pn tengah mendalami ilmu herba ini tuk di terang kan kepada pelancong yg yg ke Lake kenyir resort taman negara terengganu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam