March 29, 2024

kekwa0

Maaflah kerana lama tidak menulis artikel baru di Blog ini. Nak kata sibuk tidaklah juga. Cuma kadang-kadang tiada idea nak menulis. Ambil gambar memang mudah tetapi nak cari bahan menulis dan idea mengarang perlukan masa dan hati yang tenang. Baru-baru ni saya bercuti ke Cameron Highland. Sengaja ke sana kerana nak menghirup udara segar pagi dan merasa kedinginan malam. Sekali sekala .. Memang syok ! Walaupun dah banyak kali ke sana tetapi bukan semua tempat  sudah  saya kunjungi.  Kali ini saya  sempat pergi ke Taman Rose. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM4 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak. Bolehlah tahan juga tempat ini kerana banyak jenis pokok yang belum biasa dilihat ada di sini termasuklah pokok epal. Cuma kali ini saya nak tunjukkan beberapa jenis bunga kekwa yang terdapat di sini.

kekwa

Jika bunga ros lebih sinonim dengan India manakala Belanda popular dengan tulip, kita di Malaysia pula boleh berbangga dengan kekwa kerana ia memberi pulangan tinggi di pasaran luar. Kalau mengikut rujukan, terdapat lebih 20 jenis bunga kekwa ditanam di Malaysia dengan lokasi utamanya di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang di Sabah.

kekwa2

Tahukah anda bunga kekwa di Malaysia mungkin hanya berharga 30 sen, tetapi di Jepun ia mencecah antara RM5 hingga RM6 kerana keperluan bunga di negara itu begitu tinggi.

kekwa3

Bunga kekwa memerlukan masa 100 hari daripada hari ditanam sebelum dipetik.  Apa yang menarik, kekwa Malaysia memiliki struktur tangkai bunga yang lebih cantik dan menarik berbanding kekwa yang di tanam di negara lain seperti Korea Selatan dan Vietnam.

kekwa4

Walaupun Malaysia mengeksport pelbagai jenis bunga seperti kekwa, orkid, mawar dan bunga carnation, namun kekwa adalah bunga yang paling tinggi pulangannya untuk pasaran luar. Selain Jepun, Malaysia juga mengeksport bunga untuk pasaran Hong Kong, Taiwan, Australia selain pasaran di Timur Tengah.

kekwa5

Di Jepun, kekwa kuning atau putih lebih mendapat tempat terutama untuk perayaan hari Natal manakala untuk tahun baru, warga Jepun lebih menggemari bunga kekwa berwarna merah jambu, merah, kuning dan putih.

kekwa6

Mungkin anda salah seorang yang meminati bunga kekwa. Jika anda info menarik di sebalik bunga ini, atau ada menanamnya di rumah, bolehlah kongsikan cerita anda di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :52540

55 thoughts on “Bunga Kekwa Cameron Highlands

  1. hi. i think senang je jaga bunga gerbera daisy ni. sebab i banyak tanam bunga jenis ni.

    1) pastikan tidak ditanam dibawah cahaya matahari..lebih sesuai ditanam didalam pasu guna tanah potting soil. lebih elok ditanam satu pohon dalam satu pasu sederhana besar je..kalua boleh jangan ditanam 2 pohon dalam satu pasu..sebab bunga ni suka privacy sikit.

    2) boleh dijemur dalam 1 jam dibawah cahya matahari pada waktu pagi..jam 8 hingga 9 pagi. ( chaya matahari tak berapa panas) pastu boleh simpan balik tempat yang terkena matahari

    3) pastikan tanah (potting soil) tidak menutup pucuk muda pada bunga ini (the crown) sebab akar mudah reput dan busuk.

    4) kalau nak bunga lebih banyak..kenalah rajin potong bunga guna gunting atau pisau tajam yang BERSIH. kenalah potong ditempat yang paling bawah sekali (seboleh2nya)

    5) gerbera daisy ni selalu kekurang zat besi. tanda2 kekurang zat besi (IRON deficiency)..paling save bajet..gune je paku yang dah berkarat pastu cucukkan je kedalam tanah kat dalam pasu..4 paku should be ok.

    6) utk pengetahuan anda..semakin anda rajin potong bunga yang dah mekar..gerbera daisy senang je menghasilkan bunga baru..sebab gerbera ni mudah ditipu..sebab..bunga ni fikir sudah tiba masa untuk menghasilkan bunga baru sebab bunga yang dah mekar dah takde.

    harap i dapat membantu. kalau ada sesiapa tahu dimana nak order bunga ni..i nak import dalam 5-6 pasu ke brunei.i nak beli warna biru, warna purple, putih, orange..i nak jenis yang besar macam tapak tangan. @Miera

  2. ini ialah bunga GERBERA DAISY bukan KEKWA sebab tangkai dia berbulu..kekwa tumbuh setangkai banyak bunga,saya penjual bunga dan saya tanam pokok ni sehat jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam