April 19, 2024

cili
Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan.  Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
cili-padi

Jika menurut rujukan yang saya buat,  buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.

Saya tidak pasti sejauh mana amalan ini masih dilakukan di masa sekarang. Jika anda mengetahui atau pernah mencubanya bolehlah berkongsikan pengalaman anda di sini…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :20778

3 thoughts on “Khasiat Cili

  1. salam….. saya mcm confiuz le yg ngatakan buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap…. mau pijar jdinye… ni time tumbuk cili pun tangan bleh pijar ni kan plak sesaja nak ditempek…

  2. agaknya…mestilah kuantiti yg paling sedikit…mcm sapu myk angin panas…sapu byk2….ah ssh la

  3. saya jamal, teringin juga nak bagi sedikit khasiat cili ni, cili padi atau cabai melaka, kalau kita disengat tebuan, patahkan cili padi, tenyeh tempat kena sengat tebuan tu, sakit kena sengat akan hilang, rasa panas cili la pula, tapi panas cili tu kita boleh tahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam