March 19, 2024
carrot Beta Karoten adalah provitamin A yang melindungi kolesterol LDL daripada dioksidasi dan seterusnya mencegah pembentukan zarah oksidan yang akan merosakkan dinding sel pembuluh darah. Antara sumber vitamin A ialah Astaxanthin yang juga sebahagian daripada keluarga karotenoid iaitu pigmen pada tumbuhan yang memberikan warna merah, kuning, oren. Sumber Astaxanthin yang paling tinggi kadarnya terdapat pada Mikroalgae Haemo-tococcus Pluvialis yang banyak terdapat pada persekitaran laut. Selain daripada aktiviti provitamin A, Astaxanthin juga mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin E ataupun beta karoten. Menurut kajian, beta-karoten boleh diperoleh dari sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi ia mungkin dimusnahkan semasa proses mencuci dan memasak. Sumber beta-karoten secara langsung dari lobak akan diserap oleh badan kita. Kajian juga menunjukkan bahawa beta-karoten semulajadi dari lobak merah adalah 10kali lebih senang diserap oleh badan manusia jika dibandingkan dengan produk suplemen lain.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :7122

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam