February 12, 2025

Kubis bunga, brokoli dan flokoli adalah sejenis sayuran yang dikelaskan sebagai sayuran bunga, yang mana bahagian yang dimakan ialah jambak bunga. Jambak ini mengandungi putik-putik bunga yang masih muda dan tersusun padat di penghujung tangkai dan bentuknya bulat leper. Selain kubis bunga (cauliflower), brokoli dan flokoli juga tergolong di bawah kumpulan jenis kubis ini. Spesies asal kubis bunga, brokoli dan flokoli dipercayai terdapat secara liar di kawasan pantai Laut Mediterranean dan seterusnya disebar ke Eropah. Kubis bunga telah mula ditanam di negeri-negeri beriklim sederhana, dan pada masa ini terdapat varieti kubis bunga yang sesuai ditanam di kawasan tropik.
Kubis bunga biasa berwarna putih, manakala bunga brokoli berwarna hijau dan flokoli berwarna kuning kehijauan.Penanaman kubis bunga, brokoli dan flokoli di Malaysia masih dijalankan secara kecil-kecilan dan terhad kepada beberapa negeri dan segolongan kecil petani-petani sahaja.
Kubis bunga, brokoli dan flokoli tergolong dalam genera Brassica, dari keluarga Cruciferae. Tiga jenis kubis bunga yang terdapat di Malaysia ialah:

(a) Kubis bunga (cauliflower) – Brassica oleracea L.Botrytis
(b) Brokoli – Brassica oleracea L.Italica, dan
(c) Flokoli – kacukan kubis bunga dan brokoli

Walaupun kultivar-kultivar yang sesuai untuk penanaman dalam kawasan beriklim tropika telah diperolehi, suhu yang agak dingin masih diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optima.Kubis bunga, brokoli dan flokoli memerlukan tanah yang subur, dan mengandungi banyak bahan organan. Nilai pH yang paling sesuai ialah di antara enam hingga tujuh.
Kubis bunga, brokoli dan flokoli akan mula mengeluarkan bunga bila berumur antara 70 – 80 hari selepas menanam bergantung kepada kultivar.
Tanpa penyejukan kubis bunga dan flokoli boleh tahan selama 3 – 5 hari setelah dibungkus dan disimpan di tempat redup. Apabila disimpan di tempat sejuk, suhu 1-2°C dengan kelembapan 90-95%, kubis bunga boleh tahan selama 2 – 4 minggu. Bagi brokoli, tempoh penyimpanan adalah lebih pendek.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9114

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam