April 20, 2025

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan mempertahankan kekayaan alam semula jadi negara dalam semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dan mengekalkan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai antara 12 negara ‘megadiverse’. Kempen 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025 ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. Kempen ini dijangka menyumbang kepada penyerapan karbon dioksida, di antara 30 juta tan di kawasan bandar hingga 85 juta tan di kawasan hutan dan lain-lain dalam setahun.



Selain itu, kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Malaysia berjaya mencatatkan litupan hutan sebanyak 55.3 peratus selari dengan komitmen negara di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992, iaitu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara dilitupi pokok dan kawasan hutan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan



Sehingga kini, lebih 28 juta pokok telah direkodkan telah ditanam semenjak Januari 2021 sehingga bulan April Mei 2022. Pada anda yang berminat mengenai program ini dan mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa bolehlah melawat laman web khas Program Penghijauan Malaysia di >> www.100jutapokok.gov.my. Satu aplikasi mudah alih iaitu “Penghijauan Malaysia” juga telah dibangunkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi membolehkan semua agensi kerajaan atau swasta mahupun orang awam merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun individu.

 

 

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :4790

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam