Tutup bumi hilangkan selsema & batuk

Kalau disebut jenis tumbuhan tutup bumi atau nama saintifiknya Elaphantopus Scaber pasti ramai yang kurang mengenalinya. Mungkin popularitinya kurang menyerlah disebabkan, tumbuhan ini bukan daripada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan bahan hiasan dalaman atau halaman luar rumah.

Tetapi pada dasarnya, tumbuhan yang daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi, ditepi ini, memang selalu kita lihat, khususnya bila kita ingin membersihkan kawasan halaman atau persekitaran rumah kita.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi, MARDI, Serdang, Selangor Dr. Ahmah Zamzam Mohamed, ia senang tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun tanah terbuka.
Malah ia juga sering ditemui di kawasan tempat letak kereta,” katanya ketika ditemui dipejabatnya, baru-baru ini.
Menurut beliau berdasarkan rujkan ethnobotani dan temubual dengan pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang istemewa.
“Walaupun ia mudah ditemui tetapi tumbuhan tutup bumi ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri,” ujarnya.
Katanya, antara khasiat yang agak ketara adalah merawat selsema, sakit tekak batuk, anemia (wanita dan kanak-kanak) dan juga haid tidk teratur.
Tetapi tambah beliau lagi, rawatan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tumbuhan tutup bumi itu sendiri.
“Contohnya, kalau untuk merawat selsema dan sakit tekak, kita perlu merebus kesemua bahagian tumbuhan tersebut sehingga mendidih.
“Bagi pesakit anemia pula, hanya akarnya diperlukan. Cara menggunakannya adalah dengan merebuskan sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan.
Untuk batuk pula daunnya perlu disalai diatas api dan digosok keleher, manakala haid tidak teratur pula, hanya batang dan daun direbus sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau turut menegaskan sebelum menggunakan tumbuhan tutup bumi ini perlu dibersihkan dahulu.
Selain itu, beliau memberitahu, pihak MARDI akan mengeluarkan sebuah buku tentang herba di Malaysia tidak lama lagi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5266