Pokok Selada

selada

Pokok Selada atau nama saintifiknya Goniothalamus tapisoides merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan bunga di batang utama. Bunganya memang unik dan menarik sekali ketika kali pertama memandangnya.

selada2

Pokok Selada ini juga mempunyai keistimewaannya dari segi perubatan tradisional. Ia menjadi penawar gigitan bisa seperti ular, lipan dan serangga. Caranya daun pokok tersebut ditumbuk bersama kunyit dan ditampal ditempat yang terkena bisa. Selain itu, dipercayai juga, air rebusan akar pokok ini dapat mengubati sembelit.

selada3

Anda pernah melihat ke pokok ini atau mungkin juga ada yang menanamnya di halaman rumah. Memang cantik juga sekiranya dijadikan sebagai tanaman hiasan..

Number of View :7469