Ketumpang air

ketumpang-air
Ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucida merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Ia kadang-kadang tumbuh di tepi pasu bunga atau boleh ditemui di tepi-tepi longkang. Tentu anda juga biasa jumpa pokok ini di kawasan rumah anda. Pokok ini dahulu memang tidak dijumpai di halaman rumah saya, namun sejak hujan yang kerap bulan yang lalu, tumbuhan iniĀ  sudah mula banyak tumbuh di tepi-tepi pasu dan di bawah lindungan pokok. Sebenarnya, sudah lama saya mengetahui akan kegunaan pokok ini tetapi tidak pernah pula saya mencubanya. Pokok herba yang lembut ini memang boleh dibuat ulam atau sayur tumis, namun sehingga kini saya belum pernah lihat sesiapa yang pernah memakannya. Jika anda pernah mencubanya harap kongsikan di sini.
ketumpang-air2
Selain dijadikan ulam, khasiat perubatan tradisional juga tidak kurang hebatnya. Tumbuhan ini boleh dikisar bersama akarnya sekali dengan air masak. Setelah ianya hancur, kemudian di tapis dan air rebusannya boleh diminum. Jusnya dikatakan dapat merawat cirit-birit dan jangkitan pada pundi kencing. Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala. Sejauh mana amalan ini diamalkan, saya sendiri kurang pasti. Sila dapatkan nasihat doktor!!

Number of View :12622