Terdapat sejenis tumbuhan yang boleh memudaratkan sekiranya digunakan secara tidak berhati-hati. Tumbuhan yang dimaksudkan itu ialah Jarak minyak (Ricinus communis L.). Kebiasaannya tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar. Ia sering juga ditanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan daripada keluarga Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai pokok jarak. Ia merupakan pokok kecil atau shruba yang boleh mencapai [...]
Penerangan
Batang tumbuhan ini berwarna hijau. Bunganya pula berwarna merah dan berbentuk seperti batu karang. Tumbuhan ini mempunyai buah berbentuk kapsul dengan garispusat berukuran 2.5 - 4 cm dan berwarna hijau, apabila matang ia akan bertukar kepada warna perang dan mengeluarkan 2-3 biji [...]
Jarak pagar semakin mendapat permintaan sekarang kerana fungsi perubatan dan nilai komersial sebagai biodisel.
Ciri-ciri tumbuhan
Tumbuhan jarak pagar ini atau Jatropha curcas merupakan tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika dan subtropika di mana ia tumbuh meluas di kawasan Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan di Asia sendiri. Sebenarnya, tumbuhan ini selalu dijadikan pagar rumah di kampung-kampung [...]
