Penawar Kencing Manis

daun-kari

Tahukah anda,  amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama tiga bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Petua ini dipetik dari sebuah majalah tempatan. Sejauh mana amalan ini diamalkan saya sendiri tidak pasti.

Selain itu, daun kari juga digunakan secara meluas dalam perubatan índia. la dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya sertã mengatasi masalah penghadaman. la juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Number of View :14821