Mangga di Pasar Payang

pasar-payang

Bila sebut Pasar Besar Kedai Payang di Terengganu, mungkin ramai yang dah tahu. Ia juga lebih mesra dikenali dengan Pasar Payang. Pasar Payang ni memang terkenal dengan kain songket, batik, sutera dan macam-macam lagi jenis kain. Maaflah.. gambar jenis-jenis kain tak dapatlah den nak tunjuk. Di sini juga terdapat pasar yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan seperti juga di pasar-pasar lain. Cuma ada beberapa jenis buah yang menarik perhatian lensa kamera untuk dirakamkan.

mangga

Antara mangga yang saya tak pernah lihat seperti mangga Air Bunga Mas yang seakan mangga Nam dok mai dan mangga Samsen yang seakan mangga Chokanan. Adakah ia jenis mangga yang sama tetapi nama berlainan?

mangga2

Jika mangga Siku Raja dan mangga Mas Hitam ni memang ada selalu jumpa dan juga di jual di pasar tani Putrajaya. Ok.. itu sahaja cerita tentang Mangga di Pasar Payang.

Beli mangga di pasar payang,
Ke seberang takir membeli tauhu,
Bibir tersenyum tampak riang,
Hati menangis siapa yang tahu…?

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :14099