December 8, 2023

golden_langkawi

Bila sebut tembikai.. tentu ramai yang suka makan tembikai kan..
tetapi ramai yang tidak tahu tentang buah tembikai yang mempunyai banyak khasiat.

Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.
tembikai_merah

Jus tembikai boleh membantu
menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15194

4 thoughts on “Siapa suka makan tembikai

  1. zaman saya kecil dulu mak buat halua dari kulit tembikai untuk hari raya sedap sangat tak leh lupa sampai sekarang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam