October 6, 2024

Durian Musang King sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat di Malaysia. Ini kerana ia semakin hari semakin menjadi buruan peminat durian walaupun harganya yang mahal sehingga mencecah RM35-RM40/kg di pasaran. Walaupun mahal, ia tetap berbaloi kerana kualiti rasanya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Baru-baru ini saya sempat melawat ladang durian musang king yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang. Ladang durian ini merupakan salah satu ladang durian musang king yang baik dari segi pengurusan ladang dan hasilnya juga sangat banyak.



Pemberian baja yang konsisten hampir setiap bulan memberikan pulangan yang lumayan pada pemiliknya. Daripada penilitian, pokok Durian Musang King yang baru berusia lebih 6 tahun ini sudah mampu memberikan sebanyak 60-90 biji sepokok. Setiap buah akan diikat menggunakan tali bagi mengelakkan buah jatuh ke tanah.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Pemilknya memaklumkan, ladangnya yang berkeluasan lebih kurang 6 ekar ini sudah dipajak oleh seorang pemborong dengan harga yang lumayan (jumlahnya dirahsiakan). Pemiliknya menganggarkan pengeluaran hasil durian untuk musim ini lebih kurang 2.5 tan (tidak semua pokok berbuah).



>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :9057

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam