April 29, 2025

Produk Kacang Gingko ini saya temui di salah sebuah pasaraya besar di Selangor. Produk yang dimport dari China ini berasal dari spesies Ginkgo biloba L yang tergolong dalam famili Ginkgoaceae. Ginkgo biloba sangat terkenal di dunia kerana ia merupakan spesies tumbuhan yang sudah wujud sejak awal sejarah khususnya di negara China. Menurut rujukan, pokoknya mampu mencapai sehingga ketinggian 50 meter dan banyak ditanam sebagai penghias jalan kerana daunnya yang unik dan cantik terutama pada musim luruh.

Kacang Gingko mempunyai teksturnya yang kenyal dan rasanya sedikit pahit. Di negara Cina, Jepun dan Korea, kacang ginkgo sering dicampurkan dalam salad, sup, puding dan bubur. Sejauh mana, rakyat Malaysia pernah mencuba dan menikmati kacang gingko ini, saya sendiri tidak pasti. Anda boleh kongsikannya di sini.

Kacang Gingko dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan berkhasiat menjaga kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah menurunkan kadar kolesterol, melancarkan aliran darah dan membantu dalam rawatan asma, bronkhitis dan masalah saluran kencing.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :6112

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam