March 29, 2024
HELICONIA atau pokok sepit udang menjadi pilihan utama ramai pemilik kediaman dan pereka landskap ketika mewujudkan taman berkonsepkan tropika.Tanaman yang tergolong dalam spesies herba saka itu amat menarik ditanam di halaman rumah kerana ia mengeluarkan bunga beraneka warna. Malah, keunikan bunganya yang berwarna terang membantu menaikkan seri kepada keseluruhan penataan landskap.Berdaun lebar, tinggi dan tumbuh padat menyebabkan tanaman hiasan itu popular bagi mereka yang tercari-cari pokok pagaran yang sesuai. Kehadirannya secara berkelompok dan diadunkan dengan pokok hiasan menyerlah reka bentuk taman yang indah.Secara langsung tanaman itu mudah membiak dan tumbuh subur dalam iklim hutan hujan tropika. Ia juga sesuai kepada anda yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia perkebunan dan penanaman tanaman hiasan.Antara cara menyemai dan membiakkan heliconia paling popular ialah menggunakan kaedah belahan rumpun. Bagaimanapun ia tidak digalakkan untuk ditanam bersama pokok hiasan lain kerana membantutkan tumbesaran pokok berhampiran.Heliconia sentiasa subur dan berbunga jika mendapat cahaya matahari secukupnya.Pastikan ia menerima aliran udara yang bebas kerana heliconia tidak sesuai hidup di tempat terkepung atau tertutup. Antara tanah yang sesuai digunakan ialah jenis peroi liat berkelembapan tinggi, tetapi pastikan air tidak mudah bertakung.Bagi meronggakan tanah dan meninggikan kelembapannya, tambah dan campurkan bahan organik seperti tanah gambut, baja asli serta baja kompos.Anak pokok helicornia dibeli hendaklah segera ditanam untuk mengelakkan daripada menjadi layu. Seterusnya siram pokok yang baru ditanam dan sebaik-baik disungkup dengan bahan organik yang ada untuk mengekalkan kelembapan.Tanaman ini perlu kerap dibaja supaya dapat mengeluarkan daun dan bunga yang lebih menarik.Proses mencantas harus dilakukan secara rutin apabila daun kelihatan layu dan berpenyakit, begitu juga bunga dan tangkainya.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :23397

5 thoughts on “Heliconia subur dan mudah dibiak

  1. dh 5 thn sexy tnm heliconia bbagai wrna dlm 1 pasu plastik besar. sblm ni x subur coz pindah randah. skrg ianya stinggi +- 10 kaki. jrg bbunga sbb dletakkn d bwh naungan pkk mata kucing tp sexy syg sgt coz daunny cantik bkilat n lebar.
    *
    baru2 ni sexy tpandang pkk ni bwrna pink n dpt free (+ pkk okid hutan wrn ungu yg byk ddapati dlm pjlnn ke cameron highlands tu). sexy dpt free sbb pkk tu pkk semaian n tuanny x tahan tgok sexy mnangis smpai tgolek.
    *
    ptg rabu 13.10.2010 br ni (hari2 ke sexy ni pergi ke nursery? he2!) sexy bli pkk heliconia merah. cantikny mcm sepit ketam. tuanny ckp masa mula2 kluar dulu pkk ni bharga rm80.00 tp sexy bli dgn harga rm5.00 1 polybeg b= 3 pkk puding unik n 1 pkk wrna purple.
    *
    esokny sexy p bli pkk kemboja oren n pkk bakung pink(pun rm5.00). 1x lg ‘abg angkat’ x ckp aper…
    *
    ni sexy glisah sbb dok t’ingat pkk pisang hiasan bwarna hijau bbelang ungu gelap mcm baju askar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam