Heliconia merupakan tumbuhan tropika yang istimewa dengan batang, daun dan bunga hiasan yang cantik, Berasal dari Amerika Tengah, Carribean, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Terdapat 500 spesies dan varieti atau kultivar di dunia, namun 150 daripadanya boleh ditemui di Asia Tenggara dan Polinesia, Heliconia semakin popular dalam industri landskap, bunga keratan, tanaman berpasu dan hiasan.
Heliconia mempunyai kepelbagaian jenis dan warna. Ianya Mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir. Boleh digunakan dalam’functional landscape’-‘feature planting’, mass planting. Potensi penanaman amat luas kerana masih banyak varieti yang belum diterokai. Selain digunakan sebagai bunga dalam perlandskapan, heliconia sesuai digunakan sebagai bunga keratan ‘foliage’ untuk bunga gubahan kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi.
Number of View :21414
cara2 penanaman yg elok&cantik