Bunga Kopsia

Bunga Kopsia atau nama saintifiknya Kopsia fruticosa tergolong dalam famili Apocynaceae. Pokok yang dikatakan berasal dari India ini juga dikenali dengan nama Cabai Hutan. Kebiasaanya 1 jambak bunga mempunyai 10-12 kuntum bunga dan setiap kuntum bunga mempunyai 5 kelopak bunga. Di bahagian tengah corong terdapat gelung bewarna merah.

Daunnya jenis ringkas dan tersusun secara bertentangan. Terdapat urat daun yang jelas di bahagian bawah. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhannya.

Pokok Kopsia sangat mudah dibiakkan menggunakan keratan batang. Cantasan pokok boleh dibuat bagi mendapatkan bentuk pokok yang digemari.

Menurut sumber, pokok kopsia juga digunakan dalam rawatan tradisional. Daun pokok ditumbuk lumat dan ditampal pada hidung yang ada ulser. Selain itu ia juga boleh merawat penyakit bisul dan kudis.

Sejauh mana ia diamalkan di Malaysia, saya sendiri tidak pasti. Anda boleh memberi komen di sini.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :342