April 17, 2025

Bunga harum malam atau nama saintifiknya Polianthes tuberosa juga dikenali sebagai bunga sedap malam atau harum sundal malam, adalah tumbuhan yang sangat unik dalam masyarakat Melayu. Bunga ini memiliki ketinggian sekitar tiga meter dan termasuk dalam golongan tumbuhan berumbisi. Aroma yang kuat dan wangi dari bunga ini biasanya muncul pada waktu malam. Kehadiran bau ini pada malam hari telah membuat masyarakat Melayu sering mengaitkan bunga ini dengan hal-hal yang bersifat mistik.

Selain aroma yang menggoda, bunga harum malam memiliki pelbagai kegunaan dan keistimewaan. Menurut Sotyati (2016), bau dari bunga ini mampu meningkatkan keghairahan dan sering digunakan dalam upacara perkahwinan di beberapa negara seperti Indonesia, India, dan Hawai. Bunga harum malam mempunyai wangi yang tahan lama walaupun setelah bunga ini dipotong dari pokoknya. Ini menjadikan bunga harum malam menjadi pilihan yang sangat popular untuk digunakan dalam acara-acara istimewa.

Wanginya yang tahan lama ini juga digunakan secara komersil, terutama di hotel mewah dan hospital swasta. Keistimewaan lain dari bunga ini adalah baunya yang memiliki khasiat sebagai aroma terapi. Menurut Suyanti (2002), aroma dari bunga harum malam ini dapat mengurangkan tekanan dan memberikan efek kesembuhan.

Tidak hairan jika bunga harum malam menjadi salah satu bunga pilihan di kalangan masyarakat Melayu. Aroma yang kuat dan tahan lama menjadikan bunga ini sebagai pilihan yang tepat untuk berbagai keperluan, mulai dari upacara perkahwinan hingga aroma terapi.

Number of View :1392

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam