April 22, 2024

Artikel mengenai pokok bunga Gerbera pernah saya tuliskan secara ringkas pada tahun 2009 yang lalu. Tidak sangka dah 10tahun berlalu. Saya pun sudah terlupa. Dahulu saya mengenalinya semasa ke Cameron Highlands. Artikel kali ini juga saya mengambil gambar bunga ini semasa berkunjung ke Cameron Lavender pada November 2018.

Bunga Gerbera atau nama saintifiknya Gerbera jamesonii tergolong dalam famili Asteraceae (Compositae). Pokok ini juga dikenali dengan nama Gerbera Daisy. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang ahli botani iaitu Traugott Gerber.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Menurut sumber, dikatakan terdapat lebih 2,000 kultivar atau varieti bunga gerbera yang terdiri dari pelbagai bentuk dan warna. Ada juga berbunga selapis, berbunga dua dan sebagainya. Antara jenis bunga gerbera yang sempat saya rakamkan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :6228

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam