
Bunga Butang atau nama saintifiknya Gomphrena globosa tergolong dalam famili Amaranthaceae. Pokok butang merupakan tumbuhan herba semusim dengan ketinggian 50 -80 sm. Pokok bunga butang ini saya jumpai semasa berkunjung ke Cameron Lavender.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Pokok ini digelar sebagai bunga butang disebabkan bunganya tersusun rapi dalam jambak yang berbentuk bulat seakan butang. Saiz bunga antara 2 – 3 cm. Kebiasaan varieti bunga yang dijumpai ditanam mempunyai bunga yang berwarna ungu, merah, merah jambu dan putih.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :9373