December 7, 2024

Bioteknologi, jika digabungkan dengan pemahaman mendalam mengenai biologi molekular dan bersel, akan dapat memberi faedah kepada pengeluaran Pertanian dan makanan dalam pelbagai cara. Sebagai contoh:-i) Bioteknologi dapat mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk memperkenalkan sifat (gene) organisma yang dipilih dan diperlukan jika dibandingkan dengan pembiakan secara konvensional.

ii) Jangkamasa bertahun akan diambil untuk menguji dan memilih sifat-sifat yang diperlukan di dalam tanaman melalui pembiakan konvensional dan ujian tapak. Tetapi melalui bioteknologi, jangkamasa ujian ini dapat dikurangkan kepada beberapa bulan sahaja untuk ujian makmal dan pemilihan. Penanam dan pengguna akan memperolehi faedah dari pengurangan masa ini.

iii) Bioteknologi akan menghasilkan tumbuh-tumbuhan yang dapat membekalkan pemakanan yang berkhasiat (seperti vitamin, mineral dan essential fatty acids) bagi ternakan dan mengembangkan pilihan nutrisi bagi pengguna.

1. Manipulasi Gene

  • Sesuatu gene yang mengawal sesuatu ciri yang dikehendaki dikenalpasti dan dipilih dari spesis yang lain.
  • Mengubahsuai sesuatu gene yang sediada di sesuatu tumbuhan dan mewujudkan satu ‘allele’ baru.

2. Memasukkan Gene

  • Di makmal bioteknologi, gene yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam sesuatu organisma dengan cara menggunakan ‘Agrobacterium tumefacians’ atau ‘Gene Gun’. Teknik-teknik itu dipanggil transformasi dan akan mewujudkan organisma transgenik.

3. Ciri-ciri tumbuhan transgenic yang dihasilkan dari bioteknologi adalah bergantung kepada sesuatu ciri yang telah dikenalpasti dan dipilih, diantaranya adalah seperti berikut:-

i) Rintangan kepada serangan perosak
ii) Rintangan kepada penyakit
iii) Rintangan kepada racun rumpai
iv) Toleransi kepada tanah masin/logam toksik
v) Meningkatkan kualiti
vi) Tahan kemarau

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10348

6 thoughts on “Bioteknologi di dalam Pertanian

  1. Satu menda kena ingat GMO/Genetically Modified Organism… is an issue in Europe and the States. Kemungkinan besar GMO tak jadi masalah di Africa dan negara2 dunia ketiga dimana kebuluran masih menjadi masalah kerana sidat2 GMO yang tahan lasak, mudah besar dan bersaiz besar. Di Malaysia… ntah le, Malaysia biasa berlagak macam negara maju, tapi pertanian (yang kononnya Malaysia negara berasaskan industri tani) masih jauh kebelakang banding dengan Thailand, Vietnam, Holland.

  2. Setuju dgn alex.Tanaman Bonsai kiterr mmg ketinggalan giler.pastu cthnya mcm jiran aku, mmg minat gila dlm bidang bio ni.pepenat je dia belajo lastly x dpt matrix walau cemerlang.yg dpt mmg ler twrn swasta.pd hal bidang tu mmg kurang diminati..

  3. Apa ‘Florasols’! ?

    Satu Sistem Proses Menyeluruh
    Mengekstrak Nilai Daripada Pertanian

    Revolusi teknologi ekstrak terkini yang sesuai dalam semua aspek penyelidikan & pembangunan, komersial, memodenkan, industri makanan, perubatan, pewangi, kosmetik dan herbal mengikut piawan antarabangsa. Proses HFC-134a Gas Extractor adalah mesra alam serta dilulus olih pihak EC & FDA.

    Untuk maklumak lanjut sila layari:-
    http://probase-technologies.blogspot.com/
    atau email: probase_technologies@yahoo.com

  4. masih byk penyelidikan yg mesti dilakukan utk kita hasilkn hasil pertanian yg berkualiti.petani di m’sia xdigalakkn beli racun rumpai dr thailand, tp negara kita import syur2 dan buah2 dr thailand.knp?semua tu kne kuarantin dulu kn sblum msuk m’sia nk tgk klu2 ade penyakit..sy sedang ambil ijazah dlm bioteknologi pertanian,khusus utk pertanian. masih byk bnda yg mesti dipelajari sbb sumber mknn ni kne sustain.so kajian yg nk dibuat perlukn byk duit..

  5. Negara kita bukan x de research berkaitan biotechnology… klo kita pergi di setiap IPT yang menjalankan research, terlalu banyak paper2 yang da di publish kan… tapi masalahanya research yang bejaya tidak di komersial kan… tersimpan didalam arkib universiti… untuk apa?? x boleh salahkan kerajaan malaysia juga, sbb mentality rakyat juga perlu dia ambil kira.. bnyak peluang yng kerajaan da beri untuk bangunkan teknology kita, tinggal rakyat itu sendiri kena berusaha merebut peluang… 1 more, graduan juga kena berani tampil untuk menceburi bidang ni.. jngn sia2kan ilmu yang dimiliki….

  6. sy bru form 3….tp skrg sy mnt sgt ngn sains botani…..hrap ade yg sudi bg bimbingn…..dh jdi cta2 sy utk mnjdi ahli sains botani…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam