October 6, 2024

Pada zaman dahulu kala untuk merawat luka-luka yang serius dan mengelakkan sesaorang pesakit meraung kesakitan, ahli-ahli perubatan menggunakan herba sebagai ubat pelali yang tidak mengandungi dadah sebagaimana yang lazim digunakan sekarang.
Masyarakat dimasa itu menggunakan biji kecubung (atau dalam saintifiknya Datura metel) yang telah dikeringkan dan ditumbuksehingga hancur. Ia dicampurkan dalam minuman atau diasapkan dengan kayau gaharu. Sesiapa yang terkena asapnya dikatakan akan terasa khayal atau pengsan dalam tempoh beberapa ketika.

Menurut ketua Institut Sains biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, penjenayah zaman dahulu sering menggunakan biji tumbuhan ini untuk tujuan jahat.
Beliau menambah, golongan ini turut menggunakan tumbuhan tersebut untuk tujuan memukau mangsa mereka.”Mereka akan tumbuk biji pokok kecubung yang telah dikeringkan sehingga hancur dan mereka bakar biji itu. Ada ketikanya untuk elakkan bau pokok kecubung, mereka campur sedikit dengan kayu gaharu untuk menimbulkan bau wangi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, tumbuhan beracun yang senang ditemui dipadang ini turut mempunyai khasiat yang baik dari segi perubatan herba. Antaranya ialah untuk merawat penyakit kulit, bisul dan sendi serta terseliuh sama ada kaki atupun tangan.

Prof. Mohamed berkata, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional yang ditemui, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya. “Dalam masyarakat Melayu daun kecubung digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisul, sakit-sakit sendi dan terseliuh,” ujarnya.

“Layurkannya sehingga terbit bintik-bintik air pada daunnya. Bila sudah agak sejuk tampallah daun itu pada tempat yang terkena penyakit tersebut.

Ada juga yang menumbuk beberapa helai daun pokok kecubung sehingga hancur. Campurkan sedikit dengan minyak kelapa dan sapulah ditempat yang terkena penyakit itu”, katanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9829

3 thoughts on “Biji kecubung sebagai pelali

  1. bdak skola pon da slh gne kan buah ni skrg..
    smpai lali thap maksimum..
    stiap benda di muka bumi Allah ni ada kelbhan dan kekrgan t’sendiri..
    kalau kita pndai manfaat kan nya maka manfaat la benda 2..
    kalau x………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam