September 30, 2023

betik

Siapa yang tidak kenal buah betik. Pasti semua orang pernah merasai keenakan buah betik. Tekstur isinya yang berwarna merah apabila ranum sebenarnya turut kaya dengan pelbagai nutrien antioksida.
Khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam betik seperti karotena, vitamin B dan C, flavonoid, potasium, magnesium serta serat dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.
Selain kandungan nutrien-nutrien tersebut buah ini juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampuan membantu sistem pencernaan manusia.
Keunikan betik yang mempunyai papain telah membuatkan pakar botani profesional terkemuka Australia, Dr.T.P Lucas mencatatkan betik sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemui di dunia di dalam buku tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1906.

Penyelidikan bertahun-tahun ke atas betik oleh Lucas bukan sahaja meletakkan hasil tulisannya sebagai harta intelektual malah ia turut membawa kepada penemuan salap betik yang dikenali sebagai Lucas Pa paw Ointment. Sehingga hari ini, salap betik dipercayai telah menjadi kaedah efektif mengatasi masalah kulit seperti ruam panas, kulit terbakar akibat sinaran matahari, kesan gigitan serangga , jerawat, luka dan kulit merekah.
Di samping itu, salap betik boleh memberi kelegaan sementara kepada penghidap buasir selain merawat simptom-simptom dermatitis dan ekzema.
Kelebihan salap betik bukan setakat itu sahaja kerana ia juga sesuai untuk masalah ruam lampin yang biasa dialami bayi.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15064

11 thoughts on “Betik – antiseptik terbaik di dunia

  1. Saya tanam banyak pokok betik tetapi bukan hanya utk dptkan buahnya. Pucuk betik celur adalah ulam kegemaran saya. Saya percaya rasa pahitnya membantu menjaga kesihatan hati saya.

    Pernah ada tukang mozag berasal dari seberang meminta pucuk betik dpd saya. Katanya, sebagai amalan kesihatan, dia selalu minum air dpd pucuk betik yg ditumbuk bersama kunyit.

    Saya juga pernah dengar orang kampung cerita pasal monyet suka curi makan pucuk betik. Mungkin monyet pun tahu hasiatnya kot.

    Sekadar berkongsi pengetahuan

  2. daun betik yang kering diambil dan di basuh.
    selepas itu direbus dengan kadar tiga cawan air mengunakan api yang sederhana sehingga mendidih dan air menjadi sukatan 2 cawan . Amal minum tiap-tiap pagi insyaallah akan kurang kencing manis anda

  3. kt uma sy byk pokok betik ibu saya tanam..mule2 x pandang lgsg pucuk dy,tp ble tengok cam besh jew makan leh buat ulam,pucuk dy leh buat kerabu ..besh gak..hehe,,buah dy,,wow.,manis berjus..ops.bunga dy pown bley wat kerabu gak,,,huhu lazatnyew….

  4. org2x lama yg dahulu suka makan benda2 yg pahit ni.kata mereka untuk menguatkan badan daripada penyakit dan serangga berbisa.
    Apa yg menakjubkan ialah pa bila nyamuk menhisap darah org yg berdarah pahit ini nyamuk akan mati dengan serta merta.(sya lihat dgn mata sendiri nyamuk yg menghisap darah org berdarah pahit tu mati terbalik)
    dan sya akui bahawa mereka yg suka makanan yg pahit ini memang tahan drpd sakit2 berbanding ngan org yg tak mkn benda pahit.

  5. tak silap saya papain ialah enzyme yang dapat menghancurkan protin. Kulit tangan yang banyak terkena getah betik akan menjadi hancur oleh sebab enzyme ini…ini pernah saya observe berlaku keatas mak saya..selepas memotong beberapa biji betik untuk buat pickles kulit tanganya hancur.. jadi kalu potong betik pada kadar yang banyak pakai sarung tangan.

  6. mandi air daun betik untuk hindarkan H1N1 dan juga untuk lain2 penyakit. ini petua yang sy dapat masa H1N1 mula muncul dulu. sejauh mana keberkesanannya tak dapat dipastikan.

  7. Pasal betik ni ada kesan atau tidak pada H1N1 tu, saya nak cerita sedikit pengalaman kawan saya. Dia tahu betik tu antiviral. Jadi, masa anak kawan dikhuatiri mendapat H1N1, dia dinasihatkan minum air rebusan pucuk betik. Alhamdulillah, selepas tiga hari melakukan perkara ini, anak kawan saya itu, sembuh sepenuhnya. Padahal, seminggu sebelum itu, anaknya sakit tenat dan doktor memberikan pelbagai jenis ubat tetapi tiada kesan. Jadi, cubalah air rebusan pucuk betik jikalau ada simptom demam H1N1 ini. InsyaAllah, berkesan.

  8. assalamualaikum
    berita baik untuk lelaki.pucuk betik dicelur dibuat ulam untuk menndapat stamina lelaki sebenar.
    dan bunga betik pula untuk perempuan.

  9. Betik adalah pelbagai fungsi:

    – daun betik dibalutkan ke daging yang sukar empuk
    – getah betik ubat hilangkan ketuat/kutu belut
    – terkini kisar daun betik untuk menambah platlet darah
    jika dijangkiti denggi
    – sesiapa yang bermasalah usus, buah betik sangat baik di
    ambil selalu

  10. Betik pelbagai fungsi:

    – daun betik dibalutkan ke daging yang sukar empuk
    – getah betik ubat hilangkan ketuat/kutu belut
    – terkini kisar daun betik untuk menambah platlet darah
    jika dijangkiti denggi
    – sesiapa yang bermasalah usus, buah betik sangat baik di ambil selalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam