Khasiat Daun Pecah Kaca

daun-pecah-kaca

Siapa yang belum kenal lagi pokok ini dikenali dengan nama pecah kaca atau pecah beling. Kalau anda pernah pergi Hosptital Putrajaya, tentu anda pernah lihat pokok ini banyak di tanam sebagai tanaman hiasan.

Daun pecah kaca ini adalah di antara tumbuhan yang banyak khasiat.Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,anti-diabetes dan juga antimikrob.

Anda nak tahu lagi khasiatnya sila rujuk artikel di http://fazlisyam.com/2007/10/21/pokok-pecah-kaca/

Number of View :41780

Pokok Pecah Kaca

daun-pecah-kaca

 

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). ┬áDi Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Read more

Number of View :34854