Pokok Patawali

patawali

Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dipercayai dapat merawat sakit kulit, merawat darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah batang pokok ini dipotong, direbus dan diminum airnya.

Pernahkah anda melihat pokok ini? Pokok ini masih banyak lagi dijumpai di kampung-kampung dan ianya mudah hidup dengan menjalar dan menumpang pokok-pokok besar yang lain.

Mungkin anda pernah menggunakan pokok ini dalam merawat sesuatu penyakit. Harap dapat dikongsikan di sini…

Number of View :13847