Bunga Lidah Kucing mula kembang jam 8 pagi

BUNGA Lidah Kucing kini mula diminati bagi menceriakan landskap rumah. Anda pasti terpegun dengan keindahan bunga yang kembang jam 8 pagi dan kudup semula jam 11 pagi, sekali gus mewujudkan suasana pagi yang indah dan harmoni persekitarannya.

Pokok ini yang juga dikenali Kembang Pukul Lapan di sesetengah tempat, memang mudah ditanam berdasarkan kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat.

Nama saintifiknya Tunera ulmifolia dari keluarga Turneraceae dikatakan berasal dari Tropika Amerika yang juga tumbuh meliar di serata kawasan di negara ini kesan sebaran biji benihnya. Read more

Number of View :6922