Buah Pelik apa ni?

ubi3

Lama pula rasanya tidak update Blog ni. Banyak email yang saya terima bertanyakan tentang tumbuhan dan mencari maklumat sesuatu tanaman. Maaflah, rasanya tidak termampu saya memenuhi permintaan anda buat masa ini. 2 minggu lepas saya ada menerima email dari seorang yang bertanyakan pokok yang mempunyai buah yang pelik ini. Terkejutlah juga sebab tidak pernah melihat buah seperti di bawah ini sebelum ini.

ubi2

Menurutnya, buah ini keluar di celah daun pada batang pokok ini. Mulanya saya saya sangka pokok ubi badak kerana daunnya seakan sama. Namun, ternyata ia bukan. Jadi, saya dan pengirim email tersebut memohon kepada anda yang pernah lihat buah ini atau pernah mencubanya , bolehlah kongsikan sesuatu di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :14837