
· Puding jenis Lobatum mempunyai daun yang bercuping tiga dan lebar di bahagian tengah. Apaendikulatum pula dari jenis daun yang berbentuk garisan di bahagian tengah.
· Pokok yang matang boleh mengeluarkan bunga dalam jambakan sepanjang 10 hingga 25 sentimeter yang dikeluarkan pada aksil (celahan daun) dengan warna putih atau kuning krim yang tidak menarik untuk hiasan.
· Puding dari Aucubifolium mempunyai daun yang kecil berwarna hijau berbintik kuning di mana daunnya berbentuk tirus ke arah pangkal.
· Puding Connutum pula menyerlahkan daunnya seakan-akan bujur panjang dengan kedua-dua sisi yang hampir selari dan tidak simetri. Hujung daunnya berbentuk dempak dan sesetengahnya membulat. Tepi daunnya beralun dengan warna hijau muda dan bercampur dengan tompokan warna kuning terang.
· Cara pembiakannya terlalu mudah menerusi keratan dahan, batang, cantuman sending ataupun tut. Mereka yang menggemari tanaman ini boleh membuat pilihan sama ada untuk menanamnya dalam pasu ataupun di dalam lubang.
· Satu bahagian bahan organik, tiga bahagian tanah dan baja permulaan TSP dengan kadar 50 gram untuk setiap pokok mesti disediakan.
· Ia memerlukan dedahan cahaya penuh dan suhu panas lembap dengan kesesuaian tanah peroi dan bekalan air yang sederhana.
· Puding yang mempunyai saiz daun yang lebar di bahagian hujung dan tepian yang licin dikenali sebagai Platifilum. Daun yang berpintal-pintal, kerinting dan tepi daun yang beralun dipanggil Krispum.

pokok pudin ada bunga dah buah cuma tak menarik ropenye
sexy ada hampir 20(?) jenis pkk puding yg dsemai dlm polybeg sejak stahn lalu. akarny dh 100 meter dlm tnh. pasu yg ada kt bwh rmh mcm nk bukak nursey tp masa seakan mencemburuiku. Pkk puding yg unik2 bli d nursery harga rm8++. byk yg dcurik dr rmh mak, kwn/ kwn tp mesra/ kwn br jumpa kt pasar tani.
*
Ptg smlm sexy tgok 3 jenis pkk puding sexy kena jangkitan kutu putih n hama. makin teruk. ptg ni nk potong n bakar dahanny wp syg. batang yg tinggal akan dcuci dgn sabun n dialirkn kdlm tnds. jika tdk hama 2 akn mjgkiti pkk yg lain pula.
*
doakn sexy bjaya ptg ni ya.
ada yg x minat croton sbb ianya mcm kkampungn ckit.
*
2 hr lps sexy bli 2 jenis croton. 1 bicolor dominan merah, 1 bicolor dominan kuning. 5$ 1 polibeg. cantik mcm sexy! jgn jeles…(bknkah smua ciptaan ALLAH i2 cntik wp buruk pd pndngn manusia?). skrg sexy dh ada dkt 30/ mukin lbh croton ni. sexy suka croton wp jnis yg dtnm d atas kubur. skrg ni jnis croton kacukn byk djual n cantik2.
kesan drp kutu putih n hama pd 3 pkk croton sexy, semua croton yg sexy ada, sexy dh potong n buang daunnya. bila tuboh tunas br, sexy potong 1x lg coz kutu putih n hama d btg mrayap ke tunas br. skrg dh tmbuh tunas baru smula. Alhmdulillah.