January 13, 2025

Nursery Sungai Buloh sememangnya sudah terkenal  di kalangan peminat bunga khususnya mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Ramai yang mencari pokok bunga di sini kerana kononnya harga di sini lebih murah dari nursery bunga yang lain selain terdapat banyak pilihan. Ada juga pemilik nursery di sekitar Lembah Klang yang mendapatkan bekalan pokok bunga dan tanah campuran di sini. Tapi benarkah harga pokok bunga di Nursery Sungai Buloh sangat murah ?

Beberapa minggu yang lalu saya sempat singgah di Nursery Sungai Buloh. Ini bukan kali yang pertama. Setiap kali saya pergi tujuannya adalah berbeza. Pernah juga mencari pokok buah-buahan di sini. Saya sendiri tidak pasti, di mana sebenar kedai atau nursery yang menjual pokok bunga atau pokok hiasan dengan harga yang murah. Kata orang, nursery bunga yang murah berada di laluan menuju ke Kg. Orang Asli Sg. Buloh. Jadi, saya pun membuat tinjauan di beberapa kedai atau pemilik nursery di kawasan tersebut.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Daripada pemerhatian dan tinjauan harga, memang terdapat beberapa jenis pokok bunga yang biasa kita lihat boleh kita dapatkan dengan harga serendah RM3. Namun, kalau ingin mencari anak pokok yang lebih terkini, unik dan cantik, harga mencecah sehingga RM10-RM20 bergantung pada jenisnya. Pada saya masih lagi murah.. Ada sesetengah nursery di situ juga mendapat bekalan pokok bunga dari pembekal tertentu di kawasan tersebut dan ada juga mendapatkanya dari negara Thailand.

Jika hendak berjalan seharian di sini rasanya belum tentu habis. Rambang mata melihatnya. Banyak juga nursery yang menarik untuk dilawati. Ada yang menjual orkid hutan, koleksi kaktus pelbagai jenis, periuk kera dan banyak lagi. Beberapa gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan anda.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :31399

6 thoughts on “Nursery Sungai Buloh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam