Tanaman Hiasan : Bunga Celosia

Celosia berasal dari kawasan tropika di Asia, Afrika dan Amerika.
Kini terdapat 30 jenisyang popular terdiri daripada Celosia argentea var plumosa atau Celosia pyramidalis yang menyerupai bulu ayam dan Celosia argentea var cristata yang menyerupai balung ayam. Celosia argentea var plumosa lebih banyak ditanam untuk tujuan perlandskapan.

BOTANI TANAMAN
Celosia tergolong dalam keluarga Amaranthaceae.
Celosia adalah sejenis tanaman semusim. la boleh mencapai ketinggian sehingga 25 -100 cm. Ciri-ciri lain ialah :
Akar – sistem akar tunjang yang kuat dan banyak akar sekunder.
Daun – berbentuk ovat, berwama hijau muda dan mempunyai
batang lurus di mana bunga tumbuh di pucuk daun muda.
Bunga – berbentuk sikat kasar berukuran selebar 7-15 cm
(cristata) dan panjang 30 cm (plumosa). Terdapat pelbagai wama. Bunga boleh tahan sehingga satu bulan selepas mula berbunga.
Celosia argentea var plumosa terbahagi kepada tiga jenis iaitu jenis tinggi, jenis sederhana tinggi dan jenis rendah.
Jenis tinggi mempunyai batang yang besar dan kuat, berukuran 1CX) cm tinggi. Mempunyai lima jenis wama iaitu krim, merah, merah keunguan, oren dan kuning. Contohnya Sparkler Mixed.
Jenis sederhana tinggi mempunyai bunga yang besar berukuran 30 cm panjang. Sesuai untuk bunga keratan secara komersil dan juga tanaman landskap. Pokok akan mula berbunga 80 hari selepas disemai dan tinggi pokok berukuran 70 cm.
Jenis rendah atau dwarf sangat popular digunakan untuk menghiasi taman dan tanaman dalam pasu. Bunganya sentiasa berwama cerah dan tidak pudar walaupun di bawah matahari yang terik. Bentuk dan saiz pokok adalah seragam. Tinggi pokok berukuran 25 cm.

Celosia argentea var cristata terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis tinggi dan jenis rendah.Jenis tinggi mempunyai ketinggian yang seragam, berukuran 100 cm. Pokok tahan panas kepada cahaya matahari dan digalakkan ditanam rapat untuk pertumbuhan batang yang lurus dan kuat. Contohnya Chief Mixed.
Jenis rendah kurang popular sebab bunganya mudah reput bila beriebihan air.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7105