Pokok Bertam atau nama saintifiknya Eugeissona tristis Griff memang jarang sekali dapat kita temui kerana ia banyak terdapat di hutan. Walau bagaimanapun, mujur di Taman Botani Putrajaya masih terdapat koleksi pokok ini. Dapatlah saya mengenali pokok bertam ini dengan lebih dekat.
Di pangkal pelepah pokok Bertam sememangnya penuh dengan duri. Buahnya boleh dimakan ketika muda. Isi yang muda, lembut seakan kelapa muda. Apabila buah sudah tua, isinya akan keras seperti batu.
Sekilas pandang pokok bertam seakan pokok salak, namun jambak bunga dan buahnya ternyata berbeza. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :28362