Simpoh air – Dillenia suffruficosa

Tumbuhan ini yang dikenali oleh masyarakat Melayu sebagai Simpoh boleh kita dapati di kawasan yang terdedah dan bercahaya. Tumbuhan ini atau nama sainsnya Dillenia suffruficosa berasal dari famili Dileniaceae merupakan pokok yang sederhana tinggi dengan daunnya bergigi di tepi. Akarnya boleh digunakan untuk mengubati deman dimana akar yang menghala ke arah matahari terbit diambil dan direbus, dicampur dengan sedikit garam dan diminum airnya. Bagi masyarakat Iban yang masih berpegang kepada kepercayaan animisme, daun tumbuhan ini dipercayai dapat menghalau hantu dan roh jahat pada seseorang. Daunnya dikeringkan kemudian dicampur resin dari sesuatu pokok dan telu kuning lalu sapu pada pesakit tadi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :3749